MENGIKUT statistik yang dikemukakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia kebelakangan ini, jumlah motosikal yang terlibat dalam kemalangan bagi bulan Januari hingga April 2009 telah mencecah 16 peratus daripada kenderaan terlibat yang sejumlah 228696 buah. Dalam perkataan lain, penunggang motor merupakan golongan yang kerap mengalami kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa.
Memang tidak dapat dinafikan sikap manusia yang cuai dan tidak berhemah merupakan punca kemalangan yang utama. Kerap kali penunggang motosikal mengabaikan peraturan keselamatan di jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Salah satu peraturan keselamatan yang diabaikan ialah berbual-bual atau menjawab telefon bimbit ketika memandu. Perbuatan ini akan menggangu ketumpuan penunggang terhadap persekitaran jalan raya malahan juga kelajuan motosikal yang diperlahankan secara tiba-tiba memungkinkan kes langgar belakang atau bergeser dengan penunggang lain.
Pix1: Penunggang-penunggang motosikal lain yang melalui Jalan Kuching pada waktu tengah petang 8 Ogos 2009 terpaksa memperlahankan kelajuan motosikal kerana penunggang motosikal di hadapan mereka sedang berborak ketika perjalanan.
Topi keledar merupakan alat perlindungan yang penting bagi penunggang motosikal. Ia digunakan untuk menghalang kemasukan pasir ke dalam mata penunggang dan melindungi bahagian kepala penunggang daripada kecederaan.
Namun sedemikian, kebanyakan penunggang motosikal tidak memakai topi keledar semasa menuju ke suatu tempat, terutamanya ke tempat yang dekat kerana menganggap tiada keperluan dan leceh untuk memakainya.
Pix 3: Seorang lelaki dewasa yang melalui kawasan Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri pada waktu senja telah mengabaikan keselamatan kanak-kanak kerana tidak menyediakan topi keledar kepada mereka.
Begitu juga dengan lebihan muatan. Gambaran sebuah motosikal ditumpang oleh tiga hingga empat orang sering kelihatan di sekitar tempat kita. tanpa mempedulikan keselamatan setiap penumpang. Akan tetapi, siapa yang boleh meramal dan mengetahui apa yang akan berlaku pada saat-saat seterusnya? Kemalangan jalan raya sering berlaku di luar jangkaan kita.
Pix 4: Seorang perempuan menunggang motosikal dengan merbahaya kerana menumpang tiga orang kanak-kanak berhampiran kawasan Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri pada waktu senja.
Gambar dan statistik kemalangan jalan raya yang dikemukakan oleh media setiap hari mengingatkan kita pentingnya mematuhi peraturan keselamatan dan berhemah semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment