Thursday, July 23, 2009

Isu Pencemaran Sungai

SUNGAI merupakan salah satu aset penting kepada manusia. Ia berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Namun sedemikian, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghargai khazanah alam sekitar ini telah membawa kepada pencemaran sungai. Kemerosotan kualiti sungai ini telah menjadi suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya.
















Mereka yang mendiami sekitaran sungai Jinjang seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah yang tidak bertanggungjawab masih menganggap longkang sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan sisa-sisa buangan.



















Pembuangan sampah-sarap seperti botol kosong dan plastik ke dalam longkang akan mengakibatkan kesumbatan longkang dan menjejaskan kelancaran pengaliran air dalam longkang. hal sedemikian akan membawa kepada masalah yang serius seperti banjir.

























Sedikit demi sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit. Natijahnya, sampah-sarap yang dibuang oleh penduduk sekitaran ini telah mengalir ke sungai Jinjang dan menjadikan sungai tersebut sebagai tempat pengumpulan sampah yang berbau busuk. Budaya buang campak manusia ini hanya akan membawa keburukan kepada manusia sendiri dan juga alam sekitar.

No comments:

Post a Comment