Thursday, September 3, 2009

Bazar Ramadhan

SEPANJANG bulan Ramadhan, bazar Ramadhan akan diadakan di mana-mana kawasan pendudukan di Malaysia. Di pasar tersebut terkumpullah gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan tempatan dan minuman yang sedap. Di Selayang Utama, sebuah bazar Ramadhan yang diadakan di sebelah kompleks membeli-belah Selayang Mall telah menjadi tumpuan ramai penduduk.

Pix 1: Jalan laluan sepanjang bazar Ramadhan menjadi sibuk kerana dipenuhi dengan orang ramai dan gerai-gerai makanan dan minuman.

Berbeza dengan pasar malam yang biasa, tujuan utama bazar Ramadhan diadakan ialah untuk penyediaan buka puasa bagi golongan Muslim yang berpuasa. Namun sedemikian,kehadiran penduduk kaum-kaum lain yang bertinggal atau bekerja berhampiran bazar turut dialu-alukan bagi menikmati makanan dan minuman yang enak ini.

Pix 2: Penduduk kaum bukan Melayu yang tinggal di sekitar kawasan Selayang Utama turut mengunjungi bazar Ramadhan dan membeli makanan.

Bazar Ramadhan tahun 2009 telah bermula pada 22hb Ogos dan diadakan selama sebulan. Kebiasaanya pasar tersebut akan bermula pada pukul 4 petang dan tamat pada pukul 7.15 malam, iaitu sebelum masa buka puasa bagi orang Muslim.

Pada jangka masa tersebut , suasana bazar Ramadhan di Selayang Utama akan menjadi riuh rendah. Orang ramai datang untuk membeli makanan-makanan Melayu yang istimewa dan sedap rasanya seperti kuih muih, murtabak, otak-otak, nasi Kerabu,makanan laut, ayam percik dan sebagainya.



Pix 3: Se
orang penjual roti burger sedang menggoreng daging lembu bercampur dengan hirisan timun dan lobak merak.



Pix 4: Kepak ayam yang kelihatan enak dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.


Pix 5: Kuih Tepung Pelita disusun dengan kemas dan sedia dijual dalam bungkusan



Pix 6: Terdapat pelbagai makanan Melayu yang sedap dan istimewa dijual di gerai ini seperti kuih muih, ayam percik dan
otak-otak.


Para penjual pula akan menarik perhatian pelanggan dengan menggunakan cara promosi tersendiri agar dapat meningkatkan jualan mereka. Dengan itu, mereka boleh memperolehi sedikit untung tambahan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Karnival makanan seperti ini merupakan salah satu unsur kepelbagaian kebudayaan Malaysia yang istimewa dan ia turut mengeratkan hubungan antara kaum kerana kaum-kaum bukan Melayu akan lebih memahami amalan budaya kaum Melayu melalui penglibatan dalam karnival.


Tuesday, September 1, 2009